Pahala Membantu Tetangga
Kisah InspiratifPada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?" Jawab yang lain, "Enam ratus ribu."
Lalu ia bertanya
lagi, "Berapa banyak yang diterima ?" Jawabnya, "Tidak seorang pun yang
diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia
tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun
itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."
Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.

Jawab orang itu,
"Muwaffaq."
Lalu abdullah bin
Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga
mencapai darjat yang sedemikian itu?" Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin
berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang
tiga ratus diirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalau aku
berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia
tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke
rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.
Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."

Ketika aku
mendegar jawaban itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus
dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang
itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.
"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.
"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.
Demikianlah
cerita yang sangat berkesan bahwa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan
amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.
Rasulullah ada
ditanya, "Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan
masuk syurga." Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."
Orang itu
bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahwa aku telah
berbuat baik?" Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka
berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau
jahat, maka engkau sebenarnya jahat."
sumber : File
1001 KisahTeladan by Heksa
Untuk menyisipkan kode pendek, gunakan <i rel="code"> ... KODE ... </i>
Untuk menyisipkan kode panjang, gunakan <i rel="pre"> ... KODE ... </i>
Untuk menyisipkan gambar, gunakan <i rel="image"> ... URL GAMBAR ... </i>